Tuesday, October 18, 2011

Kumpulan Unggu


Bercintanya untuk bangun pagi setelah 2 hari bercuti..cuti yang dihabiskan dengan sibuk mengemas rumah.Rasanya isnin lepas baru sahaja bertemu,kini jumpa pula isnin yang berikutnya.Seminggu seolah-olah cuma mengandungi 3 hari sahaja dan bukannya 7 hari seperti yang tercatat didalam kalender.

Cepat sungguh masa berlalu.Dalam 24 jam yang disediakan,9jam dihabiskan sewaktu masa bekerja..2 jam terperangkap didalam kereta semasa perjalanan pergi dan balik kerja (dicampur dengan kesesakan lalulintas),manakala 7 jam masa pula untuk tidur.Sejam satu pula masa untuk persiapan sebelum pergi kerja dan masa rehat sebelum mandi selepas sampai ke rumah....dan bakinya adalah 4 jam untuk bermesra dengan anak-anak (jikakalau ada...dan jika ada untuk perkara yang berfaedah untuk anak-anak).

Perkara yang sama diulang-ulang setiap hari sehinggalah tiba tempoh untuk kita ”bersara”..Tidak ubah seperti burung yang keluar pagi dan balik petang untuk mencari makanan.Bezanya cuma:
a-Setiap burung itu akan keluar dan pulang ke sarang tepat pada masanya,sedangkan kita keluar lebih awal pagi dan pulang selepas ”tiada” petang .
b-Siburung yakin kepada rezeki yang ditentukan oleh Penguasa Alam ini,sedangkan kita amat jarang yakin malah sentiasa merasakan tidak cukup rezeki yang telah sedia diterima ketika ini.
c-Burung ”bertasbih” sepanjang masa sepanjang pencarian seharinya mencari rezeki, sedangkan kita hanya menyediakan 5 minit setiap satu untuk menunaikan 2 solat fardu ,dan tidak lebih dari itu ,sepanjang 8 jam bekerja (jika 8 jam...)
d-Burung tidak diwajibkan mengerjakan zakat kerana tiada kefarduan kepadanya dari rezeki yang diberikan, sedangkan manusia amat berat menunaikan zakat,walaupun arahan tersebut telah diwartakan kepadanya.

Kesibukan memenuhi keperluan dunia menyebabkan kita lupa akan tugas sebenar kita diturunkan kedunia,lupa kepada ikrar kita pada bulan ke 4 sebelum roh kita dimasukkan kedalam janin ..dan hanya tersedar ketika kita didalam usungan, dibawa pergi untuk disimpan didalam lahad.

-Jom dengar lagu kumpulan Ungu ”Andai Ku Tahu”

No comments:

Post a Comment