Thursday, May 3, 2012
SOFTWARE-Free
Setiap produk yang bermutu tentunya dicipta mengikut piawaian tertentu, mempunyai spesifikasi khas yang menunjukkan ciri-ciri produk tersebut dan mempunyai standart manual operasi untuk menjadi panduan pengguna. Dan tentunya setiap produk yang mempunyai ciri-ciri sebegini akan mempunyai ramai pengguna, pengikut mahupun peminat Pengikut /penguna yang akan memepertahankan kewujudan produk ini disebabkan keistimewaan atau kesempurnaan ataupun kehebatan yang ada pada produk –produk ini.
Produk boleh bermaksud sesuatu yang berbentuk fizikal (umpamanya kereta,telefon bimbit,komputer dan sebagainya) mahupun produk yang berbentuk program (software) ataupun produk yang berbentuk sistem (ugama,perundangan,kerajaan) dan sebagainya. Namun ”bangsa” adalah sejenis produk yang tidak lengkap .
Tiada suatu pun produk ”bangsa” didunia ini mempunyai sistem yang formal, bertulis dan konsisten untuk dijadikan garis panduan pengikutnya. Justeru itu produk sebegini tidaklah menjadi kemestian untuk dipertahankan dan diagung-agungkan. Entiti ”bangsa” itu pasti akan lenyap ditelan zaman walaupun segelintir nasionalis cuba mempertahankannya.
Begitu juga yang terjadi pada produk ”Bangsa Melayu”- Slogan ”Tidak melayu hilang didunia” hanya menjadi realiti diatas kad pengenalan sahaja sedangkan nilai-nilai murni dan sifat kemelayuan itu telahpun beransur-ansur hilang ditelan arus sekularisma...
Keghairahan mendaulatkan agenda ”bangsa melayu” semenjak 1957 amat berjaya dalam menjadikan ramai anak bangsa yang kekal nama bangsanya tetapi telah berubah ugamanya, berjaya menjadikan anak bangsa yang mencaci serta memperlekehkan agamanya sendiri, berjaya melahirkan ramainya anak bangsa penagih-penagih dadah dan berjaya meningkatkan kuantiti anak-anak luar nikah .
Tidak perlulah bangsa itu dipertahankan sebegitu rupa kerana ”produk” yang tidak mempunyai garis panduan dan manual ini hanya seperti menaiki kapal yang bebas terapung diair tanpa sauh. Sauh yang berperanan mengikatnya daripada hanyut tanpa haluan.. Dan selagi ugama (islam) itu tidak diangkat kedarjat tertinggi mengatasi bangsa, maka selagi itulah bangsa itu kaya dengan penagih dadah, anak luar nikah dan bangsa yang murtad dan hasad .
Dan sesungguhnya Allah itu maha adil. Terdapat habuan untuk perintis dan pendokong slogan ”demi bangsa, agama dan negara ” ini, di mashyar kelak , untuk dipertanggungjawabkan atas segala ideologi yang dikendong dan dijunjung selama ini..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment