Monday, December 12, 2011

MENGIDAM (SANG ISTERI)


Telah 2 minggu tidak bersuara melalui entri didalam blog , kesibukan..namun masih sempat mendengar/membaca pelbagai cerita, dan ada satu cerita yang amat hebat untuk dikongsikan.Cerita yang kukutip ketika mendengar radio sewaktu dalam perjalanan ke pejabat. Cerita dibumi ambia yang terlalu meruntun jiwa aku, tentang satu pasangan kelamin yang telah bersedia dari segi kewangan untuk menunaikan haji ke tanah suci,manakala isterinya pula diperingkat awal mengandung.

Suatu hari si isteri terhidu bau masakan yang enak dari jiran sebelah rumahnya, jiran yang merupakan ibu tunggal yang telahpun kematian suami.Bau enak yang menusuk hidung itu menimbulkan rasa kepingin diluar dari kebiasaan- kepingin yang biasa dialami oleh ibu-ibu mengandung.Maka si pun isteri menyatakan hajatnya pada sang suami agar sekiranya boleh dapat memujuk jirannya memberikan sedikit juadah yang dimasak tersebut.

Atas dasar kasihan pada isteri,maka sisuami pun menuju kerumah jirannya.Salam diberi dan puan rumah tersebut keluar,lantas lalu sisuami menyatakan hasrat kedatangannya. Hasrat silelaki tersebut disambut dengan wajah sayu jiran perempuan tersebut,lantas dia berkata:

”....aku bukannya tidak mahu memberi sedikit juadah yang aku masak itu Musa (lelaki tersebut bernama Musa)....”...kata-kata itu terhenti seketika sambil jiran perempuan tersebut tunduk memandang kelantai...mungkin cuba menyusun kata-kata tertentu untuk diluahkan.

”...kau pun tahu yang aku telahpun kematian suami dan aku mempunyai anak-anak yang perlu aku tanggung,sedangkan aku tidak bekerja...”. kata-kata itu terhenti lagi,sedangkan pada saat itu suara perempuan tersebut telah mula tersekat-sekat dengan nada yang tidak konsisten.

”...telah tiga hari aku lansung tiada bekalan makanan dan anak-anak aku yang masih kecil ini kerap meringik dan menangis kerana kelaparan,menangis kerana meminta sesuatu untuk diisikan dalam perut..,sedangkan aku mempunyai perasaan malu untuk meminta-minta pada tetangga,khuatir jiran tidak percaya lantas mengecap aku seorang yang malas berusaha dan hanya meminta-minta....”.

Suasana sepi seketika ,cuma kedengan suara jiran perempuan tersebut menarik nafas panjang dek cuba menyambung pertuturan,sementara Musa hanya terdiam,tertunduk sayu menunggu kata-kata penyudah dari jirannya

”...dan hari ini, kebetulan ketika aku dalam perjalanan ke pekan aku terjumpa dengan satu bangkai keldai ditepi jalan..ku ambil bangkai keldai itu dan kubawa balik untuk di masak..aku tahu bahawa ianya tidak halal tetapi naluri ibu mengatasi segalanya,dan aku tidak sanggup melihat anak-anakku menangis kelaparan.....”

”...maka masakan yang isterimu hidu itu tidak dapat aku berikan kepadanya untuk dimakan, Musa...Aku dan anak-anakku dalam keadaan darurat,maka kami bebas terhadap larangan itu,sedangkan kau dan isteri adalah dari orang kebanyakan,maka tidak layak untuk kamu berdua memakan bangkai itu .....”

Fullamak!!!..(istilah pasar)...”dan-dan” itu juga air mata ku mengalir menitis deras dari kelopak mata ini.Menggigil tanganku memegang stering kereta sehingga kereta yang
dipandu menjadi tak stabil,bergoyang,laksana tayar pancit pula..Sial diri ini,bukan kata hendak mengambil berat pada jiran2, kucing yang datang mengemis makanan ke rumah pun ku halau ,sedangkan rezeki yang diberikan adalah untuk dikongsi bersama rasa dengan semua makhluk..

Sedangkan si Musa yang terkejut mendengar penjelasan itu,lantas berlari balik ke rumah dalam keadaan menangis, segera mencari duit simpanannya (untuk pergi mengerjakan haji),dikumpulkan kesemuanya ,lalu diberikan kepada jiran perempuannya..sambil berkata ”celakalah aku ini,kerana mengabaikan kebajikan jiran sehingga mereka hidup melarat...”

Konklusi-Cerita yang hanya mengambil masa 5 minit untuk didengari tetapi meninggalkan impak yang kuat pada diri ini...Alangkah hebatnya pengorbanan Musa,sedangkan ramai diantara kita amat berat untuk menderma hatta lima ringgit sebulan ..

No comments:

Post a Comment