
Alhamdulillah…akhirnya penyanyi pujaan ramai,siti nurhaliza selamat mendirikan rumahtangga-sesuatu yg dituntut oleh ugama utk disegerakan:perempuan kepada perkahwinan,mayat pada pengkemubian dan solat pada waktunya…
Berita perkahwinan tersohor ini begitu penting pada mentality masyarakat Malaysia,sehingga perlu utk dipaparkan pada muka depan akhbar2 nasional tempatan..
Tercuit perasaan keliru dihati,betapa hebatnya siti nurhaliza ini,sehingga perlu diberi previllage sedemikian rupa oleh akhbar,walhal pada masa yang sama ,beribu2 saudara2 seagama kita dibunuh sewenang2nya…dan mengapa isu ini tidak diletakkan pada frontpage akhbar2 utk sekian waktu yg difikirkan perlu,supaya ia dapat kekal dalam pemi kiran kita utk suatu tempoh yg agak lama? …lantaran kerana “melayu mudah lupa”-Tun Dr Mahathir
Timbul persoalan disini,perlukah kita menyalahkan akhbar,sedangkan apa yg dipaparkan oleh media percetakan adalah menurut kehendak,citarasa dan budaya pemikiran kebanyakan kita sendiri..?
Tidak dinafikan penderitaan saudara2 di Labenon mendapat perhatian kita,namun yg menjadi kekeliruan disini adalah betapa hebatnya Siti berbanding simpati dan kesedaran kita pada saudara2 islam disana..
Bukan Siti yg perlu dipertikaikan tetapi etika pemikiran kita sendiri yg perlu dipersoalkan…ideology kita yg sebenarnya perlu diberi suatu input yg kontra dan kontroversi,berbeza daripada kebiasaan kita…BAHAWA setiap dari kita dipikulkan dgn tanggungjawab oleh Al-Khaliq terhadap ugama dan saudara2 kita,walau dimana sahaja mereka berada,dan bukannya melepaskan/meletakkan tanggungjawab itu semata2 pada kerajaan,Majlis2 ugama,NGO,PBB,OIC atau apa sahaja platform yg mewakili mereka…
Dan semestinya jika kesedaran itu timbul ,nescaya perhatian dan topic perbualan kita akan lebih menjurus kepada isu islam yg diperlekehkan berbanding isu CT dan DK ini…
(Siti dan Dato K ni)..
Kesedaran tentang tanggungjawab terhadap saudara2 seugama ini penting kerana daripadanya akan mewujudkan suatu “spark” yg akan mencetuskan contribution kita pada ugama…tidak kira dalam medium/bentuk apa sumbangan itu tetapi yg pastinya anda sendiri mengetahui kerana ia lahir dari hati anda..
Masyarakat melayu memang tebal dengan sifat suka berhibur,dan itu telah lama termaktub dan diterjemahkan melalui mandi safar,makyung,dondang sayang,dikir barat hatta dalam versi milinium seperti mentor,Malaysian idol,akedemi fantasia,audition,one in a million…dan jika sesuatu yg menghiburkan diletakkan dalam frontpage akhbar2 harian,maka secara logic kita akan mengetahui ianya bertujuan utk melekakan orang melayu yg sememangnya suka berhibur itu…
Jika kita mendabik dada mengatakan masyarakat palestin ,Kosovo, Chechnya, Afghanistan,Iraq dan Ambon itu sabagai saudara kita ( bila disoal ketika hidung kita bersentuhan dengan papan/ dinding tanah di liang lahad kelak), maka persoalannya disini,apakah bukti perhatian dan sumbangan kita pada mereka?...adakah wajar kita menjawab soalan bocor itu dengan “…selemah-lemah iman itu adalah menentang dlm hati”-jawapan selepas tidak mengambil sebarang sumbangan?
Tidak salah utk berhibur dan memuji idola kita sendiri tetapi perlu ada hadnya…..
No comments:
Post a Comment