Thursday, November 29, 2012

AMERIKA -Kenapa Malcom X, John Kennedy,Abraham Lincoln & Martin Luther King dibunuh?


25 November 2012- TV AlHijrah menayangkan cerita ”lion of the Dessert”. Anak sulungku seusia 12 tahun begitu teliti menelusuri cerita tersebut, dari awal babak sehinggalah sketsa dimana Umar digantung oleh penjajah Itali.

Sehabis cerita, bertalu-talu persoalan dilontarkan kepadaku perihal Umar Mukhtar. Filem bermotif berat dan berdurasi panjang sebegini mampu ditonton olehnya (anak sulungku) , memberikan maklumbalas terhadap kesan dari sekeping gambar yang aku gantungkan disatu dinding diruang makan rumahku. Gambar yang mengandungi kompilasi potret-potret cendikiawan islam dan para-para syuhada islam. Jelas diraut mukanya (anakku) menunjukkan tanda penghormatan dan kekagumannya kepada Umar Mukhtar ini.

Persoalannya adalah rentetan dari persoalan-persoalan sebelum ini yang ditimbulkan oleh anak-anakku , iaitu , siapakah personaliti-personaliti didalam bingkai gambar itu , dan apakah kehebatannya. Dan menjadi tugasku sebagai “pemegang amanah” , untuk menerangkan kepada mereka , bahawa islam yang dianuti oleh mereka inilah , yang menjadikan personaliti-personaliti tersebut hebat dan berkarisma.

Individu yang hebat akan lahir apabila beliau mengetahui ciri-ciri kehebatan yang ada padanya , dan kehebatan yang dimiliki oleh bangsa dan keturunannya melalui agamanya. Sungguhpun terkadang ianya terlena dan seketika tersesat ,namun ia mampu mencari semula siapakah dirinya.

Reaksi dan persepsi sebegini penting sebagai titik mula (antaranya) , untuk sesorang itu mula belajar mengenal hakikat diri, mengetahui sejarah bangsa dan ugamanya dan tujuan kenapa manusia diturunkan ke muka bumi ini. Semuanya adalah kerana satu matlamat iaitu ” untuk Tuhan pencipta mereka ”.

Personaliti-personaliti (cendikiawan dan pejuang muslim) sebeginilah yang seharusnya dijadikan mentor untuk ikutan umat selepasnya, dan bukannya personaliti-personaliti yang ditabalkan sebagai juara dari rancangan-rancangan hiburan, yang ketika ini potret-potret mereka dibingkaikan, dan digantung didinding-dinding bilik anak-anak remaja , bujang dan sunti, untuk tatapan dan sanjungan. Dan ironinya, ibubapa adalah pendorong utama kepada anak-anak mereka , untuk menceburi pertandingan-pertanding hiburan sebegini.


Thursday, November 22, 2012

BURGER PERCUMA SETIAP MASA- bagaimanakah caranya ?


MacDonald menawarkan burger percuma!!..Berduyun-duyun bangsa melayu yang mengistiharkan agamanya agama islam beratur menerima makanan percuma itu.
”..Benda free nak, rugi tak ambil”..kata seorang makcik,

Sewaktu umat islam Palestin dijadikan seperti bubur merah ,dengan menggunakan sejata-senjata canggih, syarikat yang menjadi tulang belakang ekonomi zionis ini, menawarkan makanan percuma kepada umat islam disini. Lansung tidak menunjukkan rasa simpati mahupun bersalah. Berusaha menutup kesedaran dan keprihatinan ”saudara-saudara Palestin” disini dengan juadah percuma. Sedangkan harga nyawa nabi sendiri dianggap tidak bernilai (dibunuh) , inikan pula pada seketul burger yang berharga kurang dari RM10.

Ironinya, umat islam berduyun-duyun menyambut kempen makanan percuma ini. Rasa simpati pada rakyat Palestin itu boleh digantikan dengan hanya seketul burger. Pada saat sekejam ini Israil menindas dapat diampunkan perbuatannya ( dengan seketul burger), semestinya pada hari-hari biasa, yahudi ini diangkat menjadi saudara yang paling akrab dan produk-produk yahudi terpilih ini memenuhi carta teratas keperluan masyarakat melayu kita.

Sebagaimana luahan kata Syed Qutb , bahawa beliau melihat nyata kewujudan islam didalam negara-negara barat yang tiada muslim, namun sekembalinya beliau ke tanah arab tempat kelahiran islam ini, beliau melihat bagitu ramainya muslim namun tiada islam didalam negara tersebut.

Kejatuhan Melaka diwaktu serangan Portugis terdahulu antaranya kerana disokong oleh tentera laut Melaka yang belot setelah dirasuah. Dan konsep yang sama digunakan oleh syarikat yahudi ini untuk menjajah minda dan masyarakat islam (dari merasa perihatin,marah dan bertindakbalas setelah saudaranya dibunuh), dengan merasuah mereka hanya dengan mengunakan burger.

Sesungguhnya keimanan itu boleh dibeli hanya dengan seketul burger bertelur ( Tidak sempurna iman seseorang, sehingga ia kasih akan saudaranya sepertimana ia mengasihani dirinya ).


Wednesday, November 21, 2012

ISTERI- jenis yang memberahikan suami


Tersengih bila mengenangkan perangai seorang wanita yang bernama isteri.Walaupun reaksi yang ditimbulkan terkadang menaikkan kemarahan, namun ketara , sebenarnya api kemarahan yang malap itu sengaja ditiup untuk menjadikannya marak , oleh sipengikut-pengikut Azazil @ ”Pan” untuk istilah dibarat .

Wanita itu dicipta sebagaimana perihalnya kejadian tulang rusuk. Sebagaimana Sabda junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w bahawa , jika kekuatan dikenakan kepada tulang rusuk tersebut untuk meluruskannya, nescaya ianya patah. Namun jika dibiarkan , maka tetaplah ia membengkok sedemikian rupa. Demikianlah perumpamaan untuk mengambarkan sifat wanita itu

Ramai yang mengatakan bahawa 9 nafsu itu mengatasi 1 akal adalah penyebab wanita bersifat emosi dan kurang memikirkan, walhal ramai yang tidak mengetahui pada 9 akal lelaki itu dihadapkan pula kepadanya berpuluh-puluh pengikut Azizil, untuk menggoda dan menjerumuskan lelaki ke arah kehancuran. Sesetengah pendapat mengatakan jumlah penggoda dan penghasut ini mencapai angka 30 untuk setiap seorang lelaki .

Nah! Betapa azabnya seorang suami untuk mengawal fikiran dan emosi , pada saat suatu dugaan (dicipta si isteri) itu dikenakan kepadanya. Bukan setakat hasutan dari arah depan, belakang, kiri dan kanan, hatta dari arah atas kepala, malah turut dari dalaman , berlumba-lumba mereka menyelusuri tubuh lelaki melalui ribuan pembuluh-pembuluh darah, bergerak bersama-sama darah yang mengalir.

Wanita itu diciptakan saling lengkap melengkapi bagi pasangannya. Maka setiap wanita yang dijodohkan itu adalah pasangan yang terlalu terbaik buat sisuami,yang telah ditentukan sebelum roh seorang suami itu ditiupkan kedalam tubuhnya (suami tersebut). Maka tidak timbul isu seorang wanita yang mencipta sesuatu masalah itu adalah wanita yang bermasalah keseluruhan peribadi dan akidahnya.

Tersengih sambil terkadang menelan pahit air liur mengenangkan perilaku wanita pada saat sebegitu, namum segala tindakbalas negatif seharusnya dibatalkan. Sedangkan Nabi Muhammad itu turut mendiamkan diri apabila dileteri isterinya, maka perlu para suami mencontohi Rasulullah. Rangkaian peristiwa sebegitu adalah fitrah yang perlu dihadapai oleh seorang suami, sepanjang perjalanan perkahwinananya.

Sebagaimana tercatat didalam kitab Al-Quran bahawa wanita itu menduduki carta tertinggi dalam senarai sesuatu yang digemari lelaki, maka isteri itu perlu sentiasa tetap menduduki carta yang pertama , walaupun ada ketikanya sisuami terguris dengan tindakannya.

Wanita ibarat racun dan madu pada seorang suami.Umpama garam dan gula, jika tiada dua unsur ini pada sesuatu sajian, masakan sesuatu sajian itu boleh memenangi sajian terbaik, meskipun sajian itu disediakan oleh seorang chef yang terhebat didalam bidang kulinari.

Sesungguhnya Tuhan itu maha mengetahui dan maha pencipta , dan tidak dijadiikan sesuatu itu dengan sia-sia sahaja. Semoga Allah melimpahkan rahmat buatmu, makhluk yang bernama sang isteri.

Monday, November 19, 2012

PALESTIN- Bangsa melayu membunuh mereka sebenarnya!


Israil mengganas lagi. Ribuan nyawa umat Palestin dibunuh tanpa peri kemanusian...bertalu-talu peristiwa klise yang membosankan ini ditayangkan di paparan skrin television, bertujuan membongkar semula ”api kemarahan” umat islam kepada zionis yahudi terpilih ini..”Api kemarahan” yang begitu relevan dengan kehangatan tahi ayam, yang cuma bertahan (kepanasannya) seketika sahaja.

Dengan berhentinya tahap ”kepanasan” itu, maka umat islam bergerombolan mula semula untuk menyokong yahudi , dengan membeli produk-produk keluaran mereka. Colgate, MacDonald, Coca-cola adalah produk utama kemestian pengguna islam di malaysia, selain dari ribuan produk-produk yahudi yang bertaburan didalam pasaran negara kita.

Media yang galak menyiarkan kebiadapan yahudi hanyalah menyerlahkan lakonan (media) mereka semata, sedangkan seantero dunia mengetahui negara secara terang-terangan menjalinkan perhubungan perniagaan dengan negara ”Star of David” tersebut.

Seperti yang ditulis oleh mantan Tun Mahathir didalam bukunya ”dilemma Melayu” bahawa melayu itu mudah lupa, menjelaskan kepada kita bahawa sebahagian besar melayu yang menganut ugama islam itu memang tidak akan memperdulikan (sebenarnya) saudara-saudara yang teraniya di Palestin tersebut, walaupun peristiwa kejam ”Shabra dan Shatilla” dahulu berulang untuk kali ke 2, 3 dan seterusnya.

Segelintir membantu memboikot produk yahudi, manakala sebahagiannya berdoa untuk keselamatan warga Palestin ( doa itu senjata umat islam) ,manakala sebahagian besar melayu (islam) membantu ekonomi yahudi itu, walaupun pada waktu-waktu tertentu mengepal-ngepalkan tangannya ,sebagai simbolik kemarahannya kepada zionis yahudi ini.

Thursday, November 15, 2012

REMOTE CONTROL- Alter terahsia untuk mengawal isteri


Terdapat ribuan gelombang elektrik yang berserakan diruang angkasa ini. Setiap gelombang tersebut mempunyai frekuensi tersendiri, yang hanya boleh dikesan oleh receiver-receiver tertentu ,dan kemudiannya memberikan signal kepada peralatan lain untuk menjalankan tugas masing-masing mengikut kod-kod yang telah ditetapkan.

Teknologi seperti ini (umpamanya), digunakan oleh pencipta/penyedia untuk memacu alat permainan bermotor kawalan jauh, yang diwaktu ini menjadi kegilaaan bukan sahaja pengemar-pengemar cilik dan remaja, malah para dewasa juga memiliki hobi yang sama, dengan memiliki mainan kawalan jauh yang bernilai ribuan harganya.

Melalui alat kawalan jauh ini, semua alat permaian tersebut dapat dipacu mengikut kehendak pemiliknya. Kadar pecutan, altitud , arah pergerakan dapat dikawal mengikut kapasiti dan nilai tertentu , berdasarkan kehendak dan modus operandi pemilik alat kawalan jauh tersebut.

Konsep yang diaplikasikan pada produk-produk ”hardware” ini juga digunapakai oleh ”The hidden hand” untuk mencipta produk-produk ”software”, yang membolehkan manusia dikawal pemikiran, tingkahlaku, persepsi dan tindakannya.

Hiburan yang melampau ,sukan yang tidak memperdulikan tuntutan aurat dan muhrim, dekorasi , fesyen , filem dan sistem perbankkan konvensional adalah antara contoh ”software-software” yang dicipta, untuk mengawal minda manusia umumnya,dan pengikut Muhammad bin Abdullah khasnya.

Dan ”software” sebegini amat sinonim dengan bangsa melayu yang gemar kepada sifat suka berhibur , malas membaca dan cepat melatah jika keselesaan yang dikecapi oleh mereka ketika ini dipersoalkan.