Wednesday, August 29, 2012

BOTOL TERPAKAI -bisness yang amat menguntungkan


1970an- Minuman beralkohol di iklankan sebagai minuman penambah tenaga pada mereka yang kelesuan. Penyiaran dibuat secara bebas dikaca TV ,sebagaimana bebasnya kalender-kalender separuh bogel diedarkan dipasaran ketika itu . Model-model wanita galak mendedahkan keseluruhan payudara mereka, sebagai halwa mata pemuda-pemuda tanah melayu pada ketika itu.

1980an- Segelintir golongan elit dan pertengahan melayu menyediakan mini-mini bar diruang tamu mereka. Aku yang masih kecil diwaktu itu tidak mengerti apa sebenarnya peranan mini bar .Fikiran mentahku hanya menafsirkan kombinasi botol-botol yang tersusun cantik itu berjaya mewujudkan satu pemandangan menarik didalam rumah –rumah tersebut.

1990an- Melata kelompok melayu meminum minuman beralkohol. Tanpa rasa bersalah malah merasa bangga (mereka) menunjukkan perbuatan meminum dikhalayak bangsa bukan muslim. Satu sketsa lazim golongan melayu baru yang berjaya dilahirkan oleh pemerintah nasionalis berfikiran sekular.

Era 2000- 7 eleven menjadi hypermart utama untuk membekalkan minuman berlkohol kepada non muslim, dan secara ”non-official” pada umat islam yang meminatinya. Minuman beralkohol adalah sebahagian daripada entiti negara. Kewujudan kilang pengeluar arak di Shah Alam dan Petaling Jaya diiktiraf oleh negara islam Hang Tuah, kerana ianya merupakan antara sumber pendapatan utama negara. Maka terselamatlah ia dari sebarang bantahan kerana negara berbangga dengannya (penjana ekonomi negara ) , sebagaimana berbangganya negara mempunyai ladang teh di Cameron Highland.

Sekitar 2010- Botol-botol dan tin arak bersepah dipersisiran pantai kampung-kampung melayu .Peminatnya adalah golongan belia-belia muslim manakala golongan tua hanya memejamkan mata, berpura-pura tidak mengetahui kewujudan perkara tersebut. Apa yang lebih penting (golongan tua) adalah menjuarai jawatan penting di masjid , JKK kampung dan exco parti pemimpin bangsa


”Janji ditepati” adalah slogan kemerdekaan 2012. Sedangkan ”janji ditepati” itu telah pun dinyatakan didalam Al Quran lebih dari seribu empat ratus tahun hijrah yang lampau. ”Janji” terhadap kerosakan itu pasti ”ditepati” jika arak menjadi kebiasaan, dan golongan yang menjual agamanya (untuk kesenangan yang sedikit lagi sementara) diberi peluang menjadi khalifah.

Golongan pemimpin ini tidak lain hanyalah pewaris pemikiran penjajah. Yang membezakan antara pewaris dan keturunan penjajah ini adalah pada kulit sawo matang dan hidung pesek yang mereka miliki.

”..Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata dan mereka tidak lain hanyalah berdusta..”
(Surah AlAn'aam. Ayat 116).