Tuesday, March 13, 2012

KILLER-IRON MAIDEN


Akal yang sempurna adalah akal yang menjustifikasi sesuatu perkara dari pelbagai sudut. Justifikasi yang dibuat didalam keadaan keterbukaan fikiran tanpa emosi,walaupun berat hati untuk menerima. Data-data kolektif sebelum justifikasi dibuat adalah diambil dari pelbagai genre dan perspektif pendapat.

Namun fitrah manusia selalu menjatuhkan hukuman/verdict melalui emosi kerana melalui emosi sesuatu perkara lebih mudah ditafsir dan di ”conclude”kan berbanding fikiran yang memerlukan masa untuk penelitian dan pertimbangan.

Maka amat sesuailah berita-berita yang dimuatkan dimuka depan akhbar-akhbar tempatan..Sesuai untuk dinilai oleh mereka yang mendahulukan emosi dari fikiran. Berita yang diperolehi, digarap dan dijustifikasi dari pelbagai pendapat yang sealiran dan penuh dengan sifat ”bias” pada sesuatu perkara.

Fitnah ,mengadu domba ,hasutan dan bersangka buruk adalah elemen-elemen penting yang tersirat disebalik berita yang diwar-warkan. Fitnah menjadi ”dessert” dan perasa dalam penulisan berita tanpa merasa sedikitpun kesalahan.

Terdapat perbezaan besar antara pembaca tempatan yang majoritinya berugama islam dan mereka yang non muslim di barat.Walaupun berbeza ideologi dan persepsi pada sistem ketuhanan, umumnya kebanyakan mereka (non-muslim barat ini) akan menyelidiki apa sebenarnya yang cuba diperkatakan oleh editor-editor suratkhabar dan sifat ingin tahu tersebut akan akhirnya akan menjawap persolan, samada berita yang disiarkan didada akhbar itu adalah benar atau tidak.

Berbeza dengan pembaca tempatan yang suka untuk menjatuhkan/menjustifikasikan sesuatu berita cuma berdasarkan berita yang disiarkan tanpa membuat rujukan mendalam atau membuat perbandingan dari sumber-sumber alternatif yang bertentangan dengan pendapat/idealogi.

Tiada lansung sifat keterbukaan didalam hati ,dan tidak bersedia menerima fakta yang bercanggah dengan apa yang dianuti sebelum ini...Mungkin kerana genetik melayu dibesarkan, diperkayakan dan perlu dibanggakan dengan sifat sebegitu..Jika tidak masakan Si Tuah begitu sombong mengatakan bahawa melayu tidak akan hilang didunia...” (..sedangkan telahpun ramainya melayu yang ”hilang” kerana menganuti kristian dewasa ini).

Berfikirlah sebelum menjatuhkan ”verdict” pada sesuatu perkara yang dibaca , kerana apa yang difahami besar kemungkinan besar akan diwar-warkan dan diperbualkan dan kenyataan yang tidak benar sebenarnya menjadikan kita hanya menyebarkan fitnah sahaja..

Moral: Pembunuh yang diparol atau yang telah menjalani hukuman bunuh sebenarnya adalah lebih baik dari kebanyakan kita , kerana ”weightage”/ kapasiti kesalahan membunuh mereka adalah lebih ringan dari kesalahan memfitnah yang sering kita lakukan.

KEGAGALAN BUAH PINGGANG


Terasa sedikit kesulitan ketika membuang air kecil. Sedikit kengiluan kerana berdasarkan warna air kumbahan yang dibuang adalah tidak jernih menandakan terdapat partikal-partikal garam yang terhasil dan melukai saluran pembuangan air kecil.

Namun, syukur Alhamdullilah dipanjangkan kerana masih mampu melaksanakan hajat, berbanding mereka yang tersiksa kerana didiagnosa batu karang.

Terfikir, didalam sehari berapa kali aku buang air dan berapa kalikah aku ucap tanda bersyukur? Jika tiba-tiba nikmat itu ditarik,bagaimanakah keadaan dan keselesaan kit a diwaktu itu?.

Pernahkan dalam sehari kita bersyukur kepada mata yang memberikan kita penglihatan, terimakasih kepada telinga yang memberi peluang kita mendengar, terimakasih kepada kaki yang membawa kita pergi ke pejabat dan terimakasih kepada tangan yang memudahkan kita menaip dan menulis?.

Semuanya itu (”terimakasih”) tidak kita lakukan sehinggalah kita telah mula terasa kehilangan upaya / cergas atau selepas kita kehilangannya buat selama-lama..Dan jika kita berumur 40tahun,maka selama itulah semua anggota ini telah berkhidmat untuk kita.

Kita cuma mengeluh pabila anggota-anggota ini mula sakit,walhal perkhidmatan yang diberikan selama ini lansung tidak diberikan penghargaan dan tanda terimakasih.

Manusia lumrahnya menganggap semua yang dimiliki adalah milik total mereka.Dari rupa yang menawan, tubuh yang sasa/ramping, kulit yang cantik dan sebagainya adalah milik abadi kita....Hakikatnya yang kita miliki cumalah roh sahaja dan semua anggota jasad yang ada itu hanyalah pinjaman dan kelak akan dipulangkan semula untuk disimpan diliang lahad.

Ucaplah syukur sebanyak-banyaknya diatas pinjaman yang diberikan kerana orang yang selalu bersyukur pasti akan digandakan kenikmatan yang ada padanya..Tidak rugi menjadi orang yang selalu bersyukur, kerana melalui berterimakasih itu kita akan sedar siapakah kita ini...makhluk yang sesat dan terlebih sesat dari binatang ternak (lantaran tidak menggunakan pendengaran,penglihatan dan hati sebaik-baiknya.)