Sunday, September 30, 2012
ABRAHAM LINCOLN- Kenapa perlu dibunuh?
Tercengang, sesekali menggeleng-geleng kepala ,tanda tak terfikir selama ini bahawa setiap yang terjadi adalah mengikut manuskrip seorang ”planner” yang amat hebat.
Perang dunia pertama dan kedua adalah sketsa pertama dari skrip asal, dan jepun akan menjadi pelopor kepada perang dunia ke 3..Sukar untuk dipercayai,namun peristiwa-perisiwa yang telah berlaku menunjukkan kesahihan sebahagian skrip induk ini.
Napoleon bonarpate, Hitler adalah sebahagian dari pelakon yang melakonkan watak berdasarkan skrip yang telah diberikan, tanpa disedari mereka hanyalah kambing hitam yang digunakan untuk merealisasikan matlamat planner tersebut.
John Keneddy, Abraham Lincoln, Tsar Nicholas adalah sebahagian yang wataknya perlu dimatikan /dibunuh supaya misi yang di rancangkan akan menjadi realiti.
Syeikh Muhammad Abduh, Jamaludin al-afghani dan At-Tantawi antara ikon-ikon islamik yang menjadi rujukan selama ini , sebenarnya adalah sebahagian dari pelakon yang menjayakan kehendak pengarah filem realiti ini
Sebarang pertikaian tentunya amat sukar untuk diterima pada peringkat awalnya. Namun, pertikaian mampu menyingkap tentang apa yang dipercayai sebelum ini, samada kepercayaan kita adalah betul ataupun kita telah diperbodohkan untuk sekian lama.
Apa yang menarik dan boleh dijadikan tauladan pada rancangan gusti (yang ganas itu!!) adalah pada ketika kedua-dua pencabar (yang akan berlawan) ,memberikan hujah diatas pentas. Walaupun pada satu pihak (pengusti) memberikan kata-kata kesat yang penuh dengan provokasi, namun lawannya masih memberikan peluang kepada pencabarnya untuk memberikan kritikan. Ia tetap tenang , mampu mengawal amarah, berlapang dada menerima kritikan dan mampu menjadi pendengar yang baik.
Dan sifat ini tidak dimiliki oleh bangsa pribumi tanah melayu, yang mempunyai emosi yang tinggi, tidak mampu menerima kritikan, dan semestiinya tidak mempunyai sifat berlapang dada, apabila sesuatu yang difahami/dipercayai sebelum ini dicabar kesahihannya/kebenarannya..
Wednesday, September 19, 2012
CENDAWAN- Kerja separuh masa yang amat menguntungkan
Peperiksaan UPSR baru sahaja selesai. Para ibubapa menghirup nafas lega sepertimana gembiranya murid-murid tahun 6 berteriak ”MERDEKA!!!!,sejurus tamatnya peperiksaan tersebut..Suatu sketsa yang menghiburkan yang tidak pernah aku jumpa sekitar persekolahan ku era lewat 70an terdahulu.Begitu terbeban kanak-kanak tersebut dengan peperiksaan,yang kurasakan tidak setimpal dengan umur mereka yang baru menjangkau 12 tahun.
Sistem pelajaran terlalu menitik beratkan peperiksaan. Pusat-pusat tuisyen tumbuh seperti cendawan,dan kebanyakan guru-guru mula berubah menjadi lebih komersil, tidak seperti pendidik terdahulu yang menjalankan kerjaya mereka kerana minat, rasa kebertanggungjawaban dan ikhlas. Buktinya adalah mudah: guru-guru diminta lebih menekankan pembelajaran kepada kelas-kelas pilihan sahaja, kerana murid-murid dari kelas-kelas sebegini mempunyai potensi menghasilkan keputusan yang cemerlang. Sementara murid-murid dari kelas-kelas lemah dibiarkan terpinggir. Peperiksaan pada murid-murid lemah ini hanya untuk memenuhkan syarat pendidikan negara sahaja
Wujud diskriminasi berdasarkan matlamat peperiksan .Maka terbitlah rasa terkilan kepada ibubapa yang anak-anak mereka bukan dikelas pilihan. Segelintirnya (murid-murid bukan pilihan ini- dibentuk tanpa disedari) menjadi rendah diri dan akhirnya menjadi pendendam kerana objektif peperiksaan telah mengasingkan mereka kepada kasta-kasta tertentu.
Keputusan yang cemerlang bakal menjanjikan segulung ijazah, yang akan menjamin masa hadapan. Dari ijazah tersebut maka manusia akan bebas dari kemiskinan dan taraf kehidupan dapat dinaiktarafkan dimata manusia. Tiada jaminan kesenangan pada mereka yang tercicir ataupun tidak cerdik didalam pelajaran.
Maka ketawalah para freemason dan ahli-ahli iluminati. Doktrin yang dikemukakan daripada protokol zionis telah berjaya bersemadi didalam pemikiran kita. Manusia perlu disibukkan dengan urusan dunia, dan manusia perlu diberitahu bahawa kesenangan dan kemewahan hidup didunia, kebanyakannya boleh diperolehi dengan mudah, sekiranya kita mempunyai segulung ijazah.
Maka bergolok-bergadailah ibubapa.Walhal, rezeki yang diperolehi itu bukanlah disebabkan ijazah yang dimiliki atau jawatan yang disandang. Semuanya (rezeki itu) disebabkan oleh sifat pengasih dan pemurahNya.
Thursday, September 13, 2012
RESTORAN MAKANAN SEGERA- FRANCAIS TERBARU DI MALAYSIA?
Berderai airmata melihat telatah mereka. Anak-anak cilik itu berjalan kearah para insan dewasa, lalu mendepangkan tangan-tangan mereka dan kemudian memeluk seerat-eratnya para dewasa tersebut, bagaikan tidak mahu berpisah..Aku mengerti perasaan anak kecil itu. Tiada kasih sayang dan pelukan dari ibu dan ayah, maka anak-anak cilik ini hanya mengharapkan insan-insan yang sudi berkongsi kasih dengan mereka.
Jawapan yang kuterima dari warden rumah anak yatim , perlakuan itu adalah lumrah bagi anak-anak cilik yang mendiami rumah anak yatim tersebut. Apa yang mereka
fikirkan adalah, setiap insan dewasa yang datang menjenguk, maka insan dewasa itu itulah ayahibu mereka..Walhal itu adalah impian yang tidak sekali-kali menjadi kenyataan.
Hiba dan pilu mendengarkan kenyataan tersebut. Kulihat perkarangan rumah anak-anak yatim tersebut, kemas tersusun namun lusuh, daif dan uzur dari segi kemudahan dan persekitaran..Jawapan yang menghibakan dari penyelia asrama adalah anak-anak ini sering dicatu makanan mereka, berikutan bekalan makanan yang sering terputus.
Kemewahan hanya dirasakan anak-anak yatim pada musim-musim perayaan. Mewah dengan pelbagai jamuan makanan dan hadiah, bagaimanapun semuanya sepi selepas musim perayaan. Tidak ramai yang datang menjenguk termasuk bantuan yang sayup-sayup sesekali menjengah.
Tertunduk kepala ketanah mendengar penjelasan tersebut, sambil manik-manik jernih tumpah dari kelopak mata. Sial betul aku! Dirumah, kaya keluargaku dengan makanan.
Kerapkali ke restoran makanan segera menjamu tekak mengikut citrasa barat,
sedangkan anak-anak yatim seperti ini seringkali kelaparan. Siaran tv berbayar sanggup dilanggan, bukan sekadar menu yang asas, malah siap dengan saluran sukan dan movie yang mahal yuran bulanannya. Cukup berkira untuk menginfak sedikit pendapatan,hatta hanya sebeberapa ringgit sahaja sebulan, niat ”murni”itu sanggup ditangguhkan sehingga munculnya ramadhan yang akan datang kelak.
Betul seperti kata-kata seorang yang bijak pandai : ”..ramadhan itu adalah pesta bulan beribadah. Selepas habisnya ramadhan maka habislah segala ibadah tersebut, sempena tamatnya bulan "pesta" tersebut...”
Sesunguhnya ”pesta” pada bulan ibadah itu masih belum berjaya aku lanjutkan untuk ke
bulan-bulan keseterunya, sebagaimana seringkali gagalnya aku menekan butang-butang keyboard ini untuk aturcara mayban2u dan CIMB Click”-untuk memindahkan sedikit
sumbangan ”on-line” ku,setiap bulan, kerumah-rumah anak yatim sebegini.
Sunday, September 9, 2012
BERUNTUNGNYA MENJADI AHLI SUKAN
Kerana awal penciptaannya diambil dari rusuk kiri, maka secara dasarnya kaum hawa itu mempunyai kedudukan terkebawah sedikit dari kaum Adam. Kelebihan diberikan pada lelaki pada segi faraid, jawatan sebagai ketua keluarga dan ugama , malah dari segi duniawi pun didalam banyak perkara, wanita diketepikan buat sementara , sehingga timbul pertikaian hak berdasarkan jantina.
Hakikatnya status kelebihan ini tetap tidak berupah walaupun kaum hawa mempertikaikannya. Kelebihan lelaki diberikan sedemikian rupa , kerana diatas bahu merekalah terpikulnya segala beban . Beban dari isteri, ibunya, anak perempuannya, adik perempuan juga anak saudara perempuaannya.
Berdasarkan kepada kerumitan dan kepayahan yang ditanggung oleh kaum lelaki, maka baru-baru ini satu ganjaran diberikan kepada mereka (kaum lelaki) ini, sebagai usaha mengenang jasa dan pengorbanan. Kemungkinan kelebihan ini akan diwartakan sebagai sebahagian dari undang-undang negara kelak berikutan pelopor idea ini datangnya dari mereka yang bergelar hakim (negara) yang adil dan bijaksana..
Lelaki yang merogol tidak akan dihukum berat diatas kesalahan merogol mereka, dan hukuman yang wajar kepada perogol sebegini hanyalah perintah berkelakuan baik selama 5 tahun. Maka menangislah simangsa rogol kerana tiada pembelaan keatas mereka , sebagaimana menangisnya keluarga si Aishah yang murtad lantaran tiadanya undang-undang negara yang memihak kepada mereka.
Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga. Sesudah hak sebagai rakyat dan pengguna dinafikan berikutan tidak undang-undang yang membela, sesudah dirogol mangsa diperbodoh-bodohkan. Maka berduyun-duyunlah kelak pemuda-pemuda menjadi perogol sepenuh dan separa masa, kerana tiket sebagai ahli sukan negara sudah cukup untuk melayakkan mereka untuk meniduri anak gadis , tanpa perlu dihukum.
Kepada mereka yang berhasrat merogol, peluang in perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Sesuatu kes pendakwaan rogol memerlukan khidmat guaman , yang semestinya melibatkan masa yang panjang dan kos yang mahal. Kemungkinan pendakwaan keatas kes rogol akan digugurkan adalah tinggi , kerana tidak semua rakyat mampu menyediakan khidmat guaman disebuah negara yang ”mendahulukan” rakyat ini.
Tuesday, September 4, 2012
MENGAPAI MATAHARI - Klips video terbaru Yuna
Tidak seperti orang dewasa, kanak-kanak adalah fitrah bersih kejadiaanya. Padanya terbuka hijap pandangan, mampu melihat fenomena ghaib,dan hijab ini akan menutup matanya - perlahan-lahan seiring dengan bartambahnya dosa yang ia lakukan.
Peristiwa anakku melihat sesorang yang sedang besolat didalam biliknya ditengah malam dengan mempunyai penampilan pakaian sepertiku ,dan peristiwa dia melihat satu cahaya menyelubungi telekung isteriku (dikala isteriku sedang membaca Al –Quran) menarik untuk direnungkan (tidak diceritakan disini lebih lanjut berkenaani kemampuannya melihat secara kerap ”makhluk halus” sebesarnya , didalam dan dipersekitaran rumah, yang terkadang menimbulkan keseraman).
Dewasa perlukan pengesahan dan kanak-kanak pula sukar berbohong. Cahaya dari Al-Quran itu adalah pasti pada sesiapa mempercayainya.
Manusia sukar tertarik sekiranya tidak melihat dengan matanya sendiri. Hatta dengan melihat sendiri (peristiwa bulan terbelah dua-sebagai contoh klasik yang hebat) , manusia itu tidak mampu memadam keingkarannya kepada pencipta, kecuali segelintir.
Cahaya itu penting sebagai petunjuk dan pelindung daripada kegelapan. Kebanyakan manusia itu tidak akan memerlukan cahaya selagimana terdapat cahaya percuma (matahari), dan cuma tersedar perlunya cahaya ini apabila timbul kegelapan, kegelapan yang pasti dialami hanya untuk diri sendiri sahaja, dan tiada lagi peluang untuk berpaling ( alam kubur).
Sekiranya sebahagian besar pertolongan itu masih boleh diperolehi sampai bila-bila, maka tidak menjadi kesulitan, tentang perlunya pusara itu di sediakan, samada secara berindividu mahupun berkongsi.
Monday, September 3, 2012
NOSTRADAMUS- Malaysia akan hadapi HURU-HARA !!!
Suatu pernyataan yang luhur itu semestinya perlu dizahirkan untuk tatapan umum.Tidak cukup hanya diluahkan secara santai, kerana data yang tidak direkodkan tidak mampu menjadi saksi pada masa hadapan, atas apa yang diucapkan oleh lidah yang manis pada ketika itu.
Semestinya, kerana asyiknya menyusun kata , maka sipelontar idea tidak mampu untuk merekodkan apa yang dipertuturkan. Mujur ada pembantu yang sudi mencatat setiap “bait-bait puisi” itu, kerana apa yang dilontarkan (si yang berkata) itu penting untuk dikongsi oleh generasi akan datang, sementelah pula individu yang berkata mempunyai karisma, pengaruh serta mempunyai kedudukan yang tinggi dimata awam -Terimakasih kepada pemberita-pemberita yang mencatat bait-bait puisi tadi.
Individu yang berkarisma merupakan idola dan mentor kepada ribuan pengikutnya. Setiap apa yang diucapkan (olehnya) mempunyai marginal kesilapan yangg terlampau sedikit, dan semestinya benar tanpa sebarang khilaf .Mujur sahaja ia lahir didunia, sekiranya tidak pasti manusia akan menobatkannya semulia malaikat .
Perutusan selama 23 tahun jibrail dinafikan bilamana hudud yang disyorkan untuk digunapakai digambarkan menjadi malapetaka kepada pengamalnya, sebagaimana ngerinya armageddon dan holocaust yang dicanangkan oleh blok barat.
Sesungguhnya tarafnya melebihi jibrail, maka wajarlah pernyataan itu menjadi panduan hidup kepada mereka-mereka yang menjadi pengikut dan pemuja kepada pengamal ideologi ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)





