Thursday, May 31, 2012
SPORT RIM (RIM ALOI )- Senarai pembekal
Tiada sesuatu pun yang diilhamkan dan dicipta itu terlepas dari pertalian dengan kehebatan dan kekayaan si Maha Pencita. Perbincangan bersama teman semalam berkaitan perhubungan antara parit ciptaan manusia dan pembuluh darah ciptaan Allah adalah amat menarik untuk difikirkan. Kedua-duanya berperanan mengalirkan bendalir ke sesuatu destinasi tertentu.
Pembuluh darah diciptakan untuk membawa oksigen yang diperlukan oleh sel-sel tisu dan organ badan supaya dapat berfungsi dan hidup mengikut aturannya.Begitu jugalah terhadap penciptaan parit ,berfungsi untuk mengalirkan air dari suatu tempat pengumpulan di sesuatu aras yang tinggi ke satu aras yang lebih rendah darinya.
Parit yang tersekat kerana sampah sarap adalah seumpama aliran darah yang tersekat kerana pengumpulan dan penebalan lapisan kolestrol ditisu-dinding pembuluh darah. Sampah sarap tersekat yang menyebabkan pengumpulan kotoran dan bau busuk adalah seumpama virus/penyakit yang mula terbit , hasil dari pengumpulan toksin dibahagian aliran darah yang tersekat.
Manakala aliran parit yang jernih, subur dengan hidupan akuatik didalamnya dan deras mengalir adalah seumpama darah yang lancar mengalir melalui jutaan pembuluh darah dengan tekanan yang sempurna (dari gerakkerja jantung yang sihat), yang semestinya kaya dengan oksigen lantaran dari pernafasan yang sempurna ( dari dada dan bukannya dari perut).
Perbincangan bersama teman ini mengingatkan aku kembali tentang penciptaan gunung, yang terminologinya berfungsi untuk menstabilkan bumi ini dari bergetar semasa ia berputar pada paksinya. Konsep sama digunakan oleh penimbal logam yang dilekatkan pada rim aloi kenderaan , yang bertujuaan untuk menstabilkan roda dari bergetar semasa berputar...
Maha suci Allah, setiap penciptaan itu tentunya berkaitan dengan kehebatan penciptaanMu, hanya terpulang kepada individu untuk memikirkannya. Mengingati kata-kata pujangga termasyur dari Kung Fu Tze : ”..belajar tanpa berfikir itu adalah sia-sia, dan berfikir tanpa belajar itu adalah merbahaya’ ,menjelaskan bahawa ”pelajaran” yang diperolehi sepanjang proses kehidupan manusia didunia ini adalah hanya sia-sia jika manusia itu tidak memikirkan apakah tujuan sebenar mereka diciptakan di dunia ini.
DOMINASI-Dari perkataan Domino's pizza?
Dominasi-dari perkataan Domino piza? ”...Kau pergilah dulu...lepas azan nanti aku akan menyusul...”..namun tiada kelibat sahabat ini datang berjemaah sekali sehingga salam yang kedua itu di berikan oleh imam yang memimpin solat asar tersebut.
Riak muka yang tidak ikhlas dan tona suara memperli dalam membalas jemputan solat berjemaah ini menerbitkan rasa terkilan dalam diri ini , namun jemputan itu harus diucapkan ribuan kali kerana fitrah kebanyakan manusia tidak menggemari kepada sesuatu yang melibatkan kebaikan lagi ketuhanan.
Seorang Mujahid tidak perlu kepada kekecewaan dan putus asa kerana hidayah itu datang dari arasy dan manusia itu tidak mempunyai hak dan kudrat untuk mengubah sesiapa untuk menjadi baik. Sekadar jemputan kearah kebaikan sudah memadai, sebagai bukti untuk melepaskan simujahid dari dipertanggungjawabkan , didepan yang maha Esa kelak.
Jika kebaikan itu mudah masakan segelintir nabi itu tidak dapat membawa isterinya, anaknya mahupun saudaranya sekali menyahut seruan Tuhan. Perbezaan seribu lima ratus tahun antara zaman rasulullah dan kita menjadikan generasi akhir zaman didominasi populasinya oleh golongan fasik, munafik dan kafir yang terdiri dari penganut-penganut agama wahyu terakhir ini,..dan kebanyakan dari kita telahpun menjadi sebahagian dari golongan-golongan ini,samada secara sedar atau tidak.
Tugasmu hanya menyampaikan dan bakinya adalah mengikut perancangan Tuhanmu. Senyumlah dan menggembirakanlah hatimu kerana mungkin dipenghujung jalannya sahabat itu akan dikurniakan hidayah dan memperolehi rezeki yang meruah berbanding dirimu sendiri.
Sesungguhnya Tuhan itu maha pemurah dan maha bijaksana, dan Dia lebih mengetahui setiap pengakhiran hidup setiap insan- makhluk yang dibantah penciptaannya oleh malaikat pada satu ketika dahulu
Nota:Satu proses muhasabah diri...
Wednesday, May 16, 2012
13 Mei- Hari berdarah yang perlu selalu diulangi !
13 May adalah hari ibu yang disambut diseluruh dunia. Hari untuk memperingati dan mengucapkan tanda terimakasih dan tanda kasih sayang anak-anak kepada golongan ibu terhadap jasanya yang tidak ternilai. Maka digazetkan pada setiap tahun pada tanggal 13 May sebagai hari altimatum penghargaan buat sang ibu.
Ribuan anak-anak muslim diajar untuk menyambut hari tersebut (dan hari-hari lain seperti april fool, hari kekasih dan sebagainya) oleh ibubapa mereka,tanpa mengetahui apakah objektif sebenar, sejarah dan motif bagaimana hari ibu (dan hari–hari “istimewa” yang lainnya) ini tercipta.
Sebagai bangsa yang lemah lembut, bertolak ansur dan kurang ( serta tidak minat membaca) ,maka amat mudahlah muslim-muslimat ini penjadi pengikut membuta tuli kepada agenda dan ajaran ugama lain . Justifikasi hanya berdasarkan rasional dan logik. Tanpa merujuk agamawan dan ilmuwan, maka hari-hari ”istimewa” sebegini telahpun diadaptasi menjadi sebahagian dari budaya kebanyakan muslim-muslimat.
Jika kita mengetahui apa sebenarnya motif hari-hari sebegini ini diwujudkan, kesan negatif kepada pemikiran masyarakat muslim dan ancaman kepada ugama islam, serta hukum (ugama) terhadap mereka yang meraikannya, nescaya kita tidak akan menyambut hari-hari tersebut.
Mereka yang cuba menerangkan perkara sebenar ini akan ditakrifkan sebagai penganut islam yang fanatik, ekstrimis, jumud dan radikal..Dan perkara ini adalah lumrah kerana bangsa melayu majoritinya memang terkenal dengan sifat emosinya yang melampaui batas pemikiran dan tuntutan agama.
Perayaan /sambutan peristiwa setiap bangsa atau ugama hanyalah milik persendirian untuk bangsa dan ugama tersebut, manakala bagi mereka yang lainnya hanyalah diajar untuk menghormati peristiwa tersebut dan bukannya meraikannya.
Majaroti muslim akan memilih menganuti islam yang lebih liberal, iaitu ugama islam yang lebih terbuka dan bertolak ansur serta membenarkan budaya/anutan bangsa/ugama lain dianuti. Maka tidak hairanlah di zaman ini banyak ”wanita-wanita ”islam” kita yang membuka peha untuk meraikan keseronokan dengan pemuda-pemuda bangsa/ugama lain (dan sebaliknya)..Maka barulah benar akan pernyataan ”1 malaysia” itu...
Sunday, May 13, 2012
JEPUN ( Bangsa non-muslim tetapi mengamalkan budaya islam )
Kehebatan restoran makanan segera itu sehebat tumbuhnya cendawan diatas tunggulan-tunggulan kayu selepas hujan pada hari semalamnya.Berdasarkan statistik, pada setiap sela 3 minit , satu restoran makanan segera KFC akan tumbuh dibeberapa negara di pelusuk dunia ini...bermakna didalam sejam, terdapat 20 rangkaian restoran KFC baru yang dilancarkan untuk memulakan perniagaan, atau 480 rangkaian outlet pada setiap sehari..
Peringkat awalnya fungsi KFC dan restoran-restoran makanan segera barat ini adalah untuk menampung permintaan pemakanan dari golongan-golongan penduduk mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan kecil.. Namun dalam tempoh 30 tahun beroperasi di malaysia, ianya berubah menjadi sajian eksklusif dan bersatatus oleh penduduk muslim negara ini.
Tertarik dengan penulisan Dr.Adi Hasman didalam bukunya ”mengapa Rasullullah tidak pernah sakit” menarik minat penulis kepada pola pemakanan kita selama ini dan apa yang kita terima dari pakej yang dinikmati pada makanan-makanan seperti ini. Walaupun pihak CAP (Persatuan Pengguna Pulai Pinang) telah mengeluarkan kenyataan (berdasarkan hasil kajian mereka) bahawa pada makanan segera tersebut mempunyai lemak tepu yang amat berbahaya pada kesihatan jantung dan obesitii, namun ianya tetap mendapat sambutan menggalakkan .
Menarik pada apa yang dikatakan didalam buku tersebut, walaupun restoran sebegini tumbuh meluas di Jepun, namun ianya tidak mendapat sambutan hebat sepertimana yang berlaku pada penduduk muslim malaysia. Bagi penduduk jepun, mereka masih mengamalkan makanan yang segar, kaedah rebusan dan bakar untuk methode masakan (pengurangan penggunaan minyak) dan tidak mengambil makanan-makanan yang mempunyai kondisioner dan pengawet.
Bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Dr Adi Hasman tersebut, sebenarnya kita memilih untuk mendapat penyakit dengan kos yang tinggi (perubatan) dari cara pemakanan kita, walhal pemakanan yang suci, halal, murah, holistik sepertimana yang diamalkan oleh Rasulullah tidak mendapat tempat dan tidak memenuhi citaselera kita. Dan ironinya kita terpaksa mendapatkan sajian-sajian makanan segera ini pada harga yang mahal (dan tidak mengenyangkan),dan tidak setimpal dengan risiko yang perlu diterima (masalah kesihatan).
Walaupun terdapat kajian dari pertubuhan tertentu ( dan telah difatwakan ) bahawa kandungan air berkarbonat coca-cola mempunyai enzim arak dan khinzir, namun ianya tetap menjadi sajian popular masyarakat muslim kita.
Friday, May 11, 2012
LOUDSPEAKER (murah & berjenama untuk dijual)
Sayup–sayup terdengar bunyi azan diwaktu subuh. Sepatutnya dengan ketumpatan udara yang lebih pada waktu awal pagi ini, maka bunyi itu lebih mudah didengari lantaran disebarkan melalui getaran partikel2 udara yang lebih rapat dan banyak. Namun tiada bezanya tona azan itu samada dilaungkan waktu siang, malam mahupun subuh...
Pembesar suara di masjid-masjid negara ini, terutamanya dikawasan luar dan pinggiran bandar mempunyai persamaan yang sama, lusuh dan hampir bisu. Kekangan kewangan menyebabkan peranan pembesar suara hanyalah menjadi tahi gigi dicelah-celah gusi sahaja, dibandingkan lain-lain prasarana masjid yang perlu diupgraditasikan.
Masjid yang telah dan akan dibaikpulih hanya lebih menekankan kepada pembangunan fizikal sahaja. Masjid perlu dicantikkan dan diberi prasarana yang lebih selesa , dan pembesar suara yang telah usang itu tetap terlupa atau sengaja dilupakan untuk ditukar ganti kepada sistem yang lebih canggih...Maka tetaplah sama ”pitch” suara pembesar suara itu pada setiap azan.
Samada sengaja pembesar suara itu ditinggalkan dalam peruntukan kerja-kerja menaiktaraf (upgrade) ataupun jawatankuasa tidak memahami kepentingan pembesar suara itu, jawapannya tetaplah sama,..tiada seruan yang akan mencecah kegegendang telingan umat-umat melayu.
Mengajak manusia ke masjid tidaklah sama seperti mengajak makmum menonton ”English Primeir League” di skrin TV..Ramai makmum yang sanggup bertabligh kekedai mamak ataupun berqiamulail ditengah malam semata-mata untuk melihat pasukan bolasepak mereka beraksi.
Jika manusia itu tidak mampu untuk ke/dibawa ke masjid,maka bersesuaianlah agar azan dan bait-bait ilmu (dari majlis ilmu) itu dibawa masuk ke telinga pendengar. Sekurang-kurangnya akan terdetik dihati manusia ini untuk menjengah masjid didalam kariahnya sendiri, yang jauhnya hanya sepelaung dua sahaja (selepas berkali-kali gegendang telinga digegarkan dengan laungan azan dan bait-bait ilmu dari majlis-majlis ceramah).
Atas dasar itulah maka pembesar suara itu amat penting untuk menyampaikan seruan pada umat melayu yang sesetengahnya terpaksa dan segelintirnya rela untuk memakmurkan masjid...(dan kebanyakannya tidak perdulipun peranan masjid ). Nabi Muhammad SAW bersabda : “Apabila kamu melewati taman-taman surga, minumlah hingga puas. Para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang dimaksud taman-taman surga itu?" Nabi Saw menjawab, "Majlis-majlis taklim (ilmu)." (HR. Ath-Thabrani)
Thursday, May 3, 2012
PENAWAR PENYAKIT
Sesetengahnya sedang terbahak-bahak ketawa selepas kenyang menikmati hidangan yang enak, sedangkan ada diantara kita mengais sampah untuk mencari lebihan makanan untuk dijamah...
Kebanyakannya mampu menikmati makanan segera barat yang mahal harganya namun jarang sekali untuk menderma walau sedikit untuk golongan fakir yang sesetengahnya berpuasa kelaparan seharian....
Kesemuanya mampu berbelanja membeli pakaian berjenama dan mahal, namun tidak terlintas sedikitpun untuk menderma sebahagian pakaian kepada fakir yang hanya menutup tubuh dengan pakaian yang lusuh...
Segelintir, selesa beradu di istana sedangkan sebahagianya hanya tidur didalam kolong mahupun dibawah jambatan.....
Harta bukan milikmu BRO!!!..untukmu hanya rezeki... ”...Wahai umat manusia!..Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu,dan menjadi penawar bagi penyakit2 batin yang ada didalam dada kamu ,dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan,serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman...” ( Surah Yunus:57)
SOFTWARE-Free
Setiap produk yang bermutu tentunya dicipta mengikut piawaian tertentu, mempunyai spesifikasi khas yang menunjukkan ciri-ciri produk tersebut dan mempunyai standart manual operasi untuk menjadi panduan pengguna. Dan tentunya setiap produk yang mempunyai ciri-ciri sebegini akan mempunyai ramai pengguna, pengikut mahupun peminat Pengikut /penguna yang akan memepertahankan kewujudan produk ini disebabkan keistimewaan atau kesempurnaan ataupun kehebatan yang ada pada produk –produk ini.
Produk boleh bermaksud sesuatu yang berbentuk fizikal (umpamanya kereta,telefon bimbit,komputer dan sebagainya) mahupun produk yang berbentuk program (software) ataupun produk yang berbentuk sistem (ugama,perundangan,kerajaan) dan sebagainya. Namun ”bangsa” adalah sejenis produk yang tidak lengkap .
Tiada suatu pun produk ”bangsa” didunia ini mempunyai sistem yang formal, bertulis dan konsisten untuk dijadikan garis panduan pengikutnya. Justeru itu produk sebegini tidaklah menjadi kemestian untuk dipertahankan dan diagung-agungkan. Entiti ”bangsa” itu pasti akan lenyap ditelan zaman walaupun segelintir nasionalis cuba mempertahankannya.
Begitu juga yang terjadi pada produk ”Bangsa Melayu”- Slogan ”Tidak melayu hilang didunia” hanya menjadi realiti diatas kad pengenalan sahaja sedangkan nilai-nilai murni dan sifat kemelayuan itu telahpun beransur-ansur hilang ditelan arus sekularisma...
Keghairahan mendaulatkan agenda ”bangsa melayu” semenjak 1957 amat berjaya dalam menjadikan ramai anak bangsa yang kekal nama bangsanya tetapi telah berubah ugamanya, berjaya menjadikan anak bangsa yang mencaci serta memperlekehkan agamanya sendiri, berjaya melahirkan ramainya anak bangsa penagih-penagih dadah dan berjaya meningkatkan kuantiti anak-anak luar nikah .
Tidak perlulah bangsa itu dipertahankan sebegitu rupa kerana ”produk” yang tidak mempunyai garis panduan dan manual ini hanya seperti menaiki kapal yang bebas terapung diair tanpa sauh. Sauh yang berperanan mengikatnya daripada hanyut tanpa haluan.. Dan selagi ugama (islam) itu tidak diangkat kedarjat tertinggi mengatasi bangsa, maka selagi itulah bangsa itu kaya dengan penagih dadah, anak luar nikah dan bangsa yang murtad dan hasad .
Dan sesungguhnya Allah itu maha adil. Terdapat habuan untuk perintis dan pendokong slogan ”demi bangsa, agama dan negara ” ini, di mashyar kelak , untuk dipertanggungjawabkan atas segala ideologi yang dikendong dan dijunjung selama ini..
Subscribe to:
Posts (Atom)






